PMHQ: Pondok Motivasi Hamlatul Quran
Apabila bertentang mata dengan mereka, sayup di hati ini. Namun kami tahu disebalik senyuman mereka ada kesedihan yang ada dijiwa mereka. Pondok motivasi yang di mudirkan oleh Dr. Mohd Ashraf Suarin, pondok motivasi ini menerima sesiapa sahaja yang ikhlas untuk mengaji ilmu bersama-sama. Tertarik dengan motto mereka "maafkan kami doakan kami". Seringkali disaat perpisahan, mereka selalu berkata "maafkan kami, doakan kami". Sentiasa memohon kemaafan walau tiada kesalahan pun yang mereka lakukan. In Syaa Allah kami memafkan dan mendoakan kalian di dunia dan di akhirat.
Tepuk dada tanya iman,
Sentiasakah kita memohon kemaafan?
Sentiasakah kita memaafkan?
Sama-samalah kita renungkan.

Kegembiraan tiada terkata dengan ketibaan Aidilfitri,
Namun suyup dihati ini kerna Ramadhan akan pergi,
Kegembiraan terasa saat sanak saudara berkumpul di bawah satu bumbung,
Namun ada juga yang tiada kesempatan untuk pulang ke kampung halaman,
Takbir raya bergema menandakan Aidilfitri,
Namun menitis airmatku kerna bulan yang penuh berkah berlalu pergi,
Moga-moga dapat ku bertemu kembali bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
Kehadiran mu hanya sebulan dari 12 bulan,
Kehadiran mu dikatakan Saiyidus Syuhur,
penghulu sekalian bulan,
Kehadiran mu dinanti-nanti kerna ia Syahrul Rahmah,
bulan kerahmatan
Kehadiran mu dinanti-nanti kerna ia Syahrul Magfirah,
bulan keampunan,
Kehadiran mu dinanti-nanti kerna ia Syahrul Najah,
bulan kemenangan dan bebas dari azab api neraka.

Saat kehadiranmu, aku menahan lapar dan dahaga menunaikan rukun Islam yang ketiga,
Saat kehadiranmu, segala syaitan dan iblis diikat,
Saat kehadiranmu, nafsu dibentuk dan dijaga rapi agar menjadi insan yang berkualiti.
Moga dengan kehadiranmu, dapat ku meningkatkan segala amalan,
Moga dengan kehadiranmu, dapat membentuk aku menjadi yang lebih baik,
Moga dengan kehadiranmu, dapat aku bertemu di Malam Lailatul Qadar.
Mereka kini bukan kian menghilang malah kian berani untuk memperjuangkan hak mereka.
Mereka mahu diberkan pengiktirafan.
Mereka mahu diberikan kebebasan.
Mereka mahu hapuskan diskriminasi jantina.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Mereka yang terjebak?
Masyarakat yang mempulaukan mereka?
Masyarakat yang menyokong mereka?
Masyarakat yang tidak ambil peduli?
Hati ini masih tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh terjebak?
Adakah lumrahnya sebegitu?
Adakah persekitaran mereka?
Adakah sebab masyarakat mencemuh mereka disebabkan personaliti mereka yang bertentangan dengan jantina lalu kelompok berkenaan menerima mereka?
Apa-apapun persoalannya, jelas sekali 4 kumpulan tersebut bertentangan dengan kehidupan seorang yang beragama Islam.
Jadi, ayuhlah mencari kebenaran,
Bagi yang terjebak carilah Al-Quran dan Sunnah, kukuhkan iman.
Kerana dengan Iman dan Taqwa, membawa kita ke jalan yang benar.
Bagi masyarakat yang mempulau mereka, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka lagi terpesong.
Bagi masyarakat yang menyokong mereka, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka lagi membuat perkara tesebut.
Bagi masyarakat yang tidak ambil peduli, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka kian menjauh.
Jadi, marilah kita dekatkan diri dengan golongan ini, bukan untuk menggalakkan tetapi untuk tarik mereka ke pangkal jalan, gunakan pelbagai pedekatan yang bukan mengkeji atau mencaci tetapi berilah kasih sayang agar terjentik hati mereka untuk berubah.
Hentikanlah, untuk menyalahkan sesiapa.
Jadikan Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup.
Marilah kita bantu kumpulan-kumpulan ini.
InsyaaAllah, mereka berubah.
#kitamampumengubahnya
Popular posts
-
Lesbian,Gay,Bisexual,Transgender Mereka kini bukan kian menghilang malah kian berani untuk memperjuangkan hak mereka. Mereka mahu d...
-
Kehadiran mu hanya sebulan dari 12 bulan, Kehadiran mu dikatakan Saiyidus Syuhur, penghulu sekalian bulan, Kehadiran mu dinanti-nanti kerna...
-
Kegembiraan tiada terkata dengan ketibaan Aidilfitri, Namun suyup dihati ini kerna Ramadhan akan pergi, Kegembiraan terasa saat sanak...
-
PMHQ: Pondok Motivasi Hamlatul Quran Apabila bertentang mata dengan mereka, sayup di hati ini. Namun kami tahu disebalik senyuman mereka a...