Lesbian,Gay,Bisexual,Transgender

Mereka kini bukan kian menghilang malah kian berani untuk memperjuangkan hak mereka.
Mereka mahu diberkan pengiktirafan.
Mereka mahu diberikan kebebasan.
Mereka mahu hapuskan diskriminasi jantina.

Siapa yang harus dipersalahkan?
Mereka yang terjebak?
Masyarakat yang mempulaukan mereka?
Masyarakat yang menyokong mereka?
Masyarakat yang tidak ambil peduli?

Hati ini masih tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh terjebak?
Adakah lumrahnya sebegitu?
Adakah persekitaran mereka?
Adakah sebab masyarakat mencemuh mereka disebabkan personaliti mereka yang bertentangan dengan jantina lalu kelompok berkenaan menerima mereka?

Apa-apapun persoalannya, jelas sekali 4 kumpulan tersebut bertentangan dengan kehidupan seorang yang beragama Islam.
Jadi, ayuhlah mencari kebenaran,
Bagi yang terjebak carilah Al-Quran dan Sunnah, kukuhkan iman.
Kerana dengan Iman dan Taqwa, membawa kita ke jalan yang benar.

Bagi masyarakat yang mempulau mereka, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka lagi terpesong.
Bagi masyarakat yang menyokong mereka, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka lagi membuat perkara tesebut.
Bagi masyarakat yang tidak ambil peduli, HENTIKANLAH.
Kerana dengan cara itu, menyebabkan mereka kian menjauh.

Jadi, marilah kita dekatkan diri dengan golongan ini, bukan untuk menggalakkan tetapi untuk tarik mereka ke pangkal jalan, gunakan pelbagai pedekatan yang bukan mengkeji atau mencaci tetapi berilah kasih sayang agar terjentik hati mereka untuk berubah.

Hentikanlah, untuk menyalahkan sesiapa.
Jadikan Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup.
Marilah kita bantu kumpulan-kumpulan ini.
InsyaaAllah, mereka berubah.
#kitamampumengubahnya